CERAMAH
S.S. DATO' HAJI RASHID REDZA BIN HJ. MD. SALEH
MUFTI KERAJAAN NEGERI MELAKA
BERTEMPAT DI SERI NEGERI AYER KEROH,
MELAKA10 NOVEMBER 2000 (JUMAAT)
AQIDAH ISLAMIAH
Muqaddimah
Kesempurnaan
Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat
menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga
aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan
syaratnya dilanggar.
Rukun
Syahadah
Berikut
adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara
yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin
Rukun Syahadah ada 4, iaitu :
-
Menetapkan zat Allah.
-
Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
-
Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja
dan tidak sama dengan perbuatan makhluk.
-
Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah
sahaja yang benar.
Syarat
Shahadah
-
Memahami erti dan maksud syahadah.
-
Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan
dengan lidah ).
-
Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini
hak-hak Allah dan Rasul.
-
Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 –
tidak percaya )
-
Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya
)
-
Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak
percaya ).
-
Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu
yang merosakkan syahadah.
Implikasi
Syahadah Yang Benar
-
Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup
dan tidak akan tersesat.
-
Kesan
Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah
akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga
ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.
Hidup
Beraqidah Orang yang mengucap syahadah dikira sebagai muslim.
Sebagai penganut Islam mereka mesti tunduk dan patuh. Ketundukan
itu hendaklah di bawah sistem Allah iaitu agama Islam.
Hanya Islam satu-satunya agama diterima oleh Allah . Allah berfirman
bermaksud hanya Islam agama yang diredhai oleh Allah. Dari awal
kelahiran rasul-rasul kesemuanya membawa Agama Islam. Yang membezakan
ajaran rasul-rasul terdahulu ialah syariat. Contoh : Syariat
berkenaan perkahwinan. Syariat boleh kahwin adik beradik berlaku
di zaman Nabi Adam. Zaman nabi Allah Musa boleh kahwin ramai
tanpa had. Zaman Nabi Isa hanya boleh kahwin satu sahaja. Syariat
Nabi Muhammad boleh kahwin satu tapi dibenarkan bernikah tidak
lebih dari empat. Yang pastinya syariat berbeza tetapi agama
satu iaitu Islam. Perlanggaran terhadap ketetapan Allah ini
akan merosakkan dan menghancurkan kehidupan manusia.Aqidah Dan
Syariat Adalah Bergandingan Allah memelihara agamanya
dengan mengaturkan umatnya sistem hidup yang berpaksikan kepada
aqidah dan pengamalan syariat. Untuk itu Allah menurunkan 5
hukum itu ialah wajib, sunat, haram, makruh dan harus. 5 perkara
yang dijaga ialah agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Sebagai
contoh : Pengharaman murtad (agama), bunuh (nyawa), arak (akal)
dan zina (keturunan).5 Hukum Dalam Islam Makruh >>
Perkara yang dituntut untuk ditinggalkan, sekiranya ditinggalkan
dapat pahala tetapi sekiranya dibuat tidak berdosa.Wajib >>
Perkara wajib buat dan sekiranya ditinggal berdosa.Sunat >>
Perkara dituntut untuk dibuat, sekiranya dibuat dapat pahala
dan sekiranya ditinggal tidak berdosa.Haram >> Perkara
wajib tinggal sekiranya dilakukan berdosa.Mubah >> (Harus).
Boleh buat dan boleh tinggal tanpa memberi kesan apa-apa.
Aqidah perlu di jagaAqidah seseorang perlu dijaga
sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga aqidahnya dijamin
masuk syurga. Firman Allah taala dalam surah Ali-Imran ayat
102.Yang bermaksud : Wahai orang-orang beriman bertakwalah
kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu
mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis Rasulullah
menyebut yang bermaksud : Sesiapa yang akhir kalamnya
mengucap akan masuk syurga.10 Perkara Membatalkan Syahadah
-
Menyekutukan Allah
-
Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk),
Konsep sebenarnya kepada Allah taala sahaja.
-
Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan
tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
-
Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih
baik daripada sistem Islam.
-
Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
-
Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
-
Menenung nasib dan bermain sihir.
-
Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
-
Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
-
Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian
Al-Quran.
Pendapat
Ibnu Qasim
CERAMAH JUMAAT