kembali ke www.al-azim.com
     
 
Aktiviti Jabatan Mufti Melaka
     

 

 

Bermula dari bulan Rejab kita disarankan agar lebih prihatin tentang peredaran dan kedudukan matahari dan bulan. Ini adalah persediaan kita untuk merukyah hilal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Untuk meneruskan latihan dan revesi kita, pada 29 dan 30 Rejab ini sekali lagi kita merukyah dan merekodkan peredaran dan kedudukan matahari dan bulan. Keluarkan semua instrumen yang kita ada dan gunakan segala kemahiran yang kita ada untuk menjejaki hilal Syaaban.

Bagi yang masih belum berkemampuan untuk memiliki sebarang instrumen falak, jangan kecewa atau menjadikan itu sebagai alasan untuk mengasingkan diri. Keluar dan latihlah mata kita pada petang 29 dan 30 Rejab itu agar mata kita akan terlatih dan bersedia untuk merukyah hilal.

 

   
   
   
© Jabatan Mufti Melaka