Erti
Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat
Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa
kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan
apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu
sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang
pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara
hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya
kepada sahabat-sahabatnya,
“Tahukah
kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para
sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”
Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah
kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul
Ulama).