1.
Malam Nisfu Syaaban
Dari
Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya
: "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan
dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit
dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan
sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke
langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai
Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab:
"Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah
telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah
dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang
yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang
yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka
kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba
(batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan,
maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya
sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang
lagi atas perbuatannya itu."
Maka
pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang
serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah
sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka
Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana
Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu
sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2.
Penukaran Arah Kiblat
Pada
awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah
SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah
menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah
mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh
Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka
iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat
Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan
ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW
dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan
ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa
yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan
agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian
ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima
wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa
beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada
solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan
pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap
ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3.
Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani
Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka
telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita
ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat
dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan
bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah
SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan
Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan
Bani Mustaliq.
Sebagian
pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah
seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama
lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib
bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris
bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah
telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan
Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk
dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan,
Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi,
Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan
masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada
waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari
Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah
SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah
SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika
itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang
memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara
umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada
tahun 56H.