|
Dalam
kita menunggu ketibaan Syawal, mengenang
Syawal dan merancang kemeriahan Syawal,
wajarlah juga kita singkap peristiwa-peristiwa
bersejarah yang pernah kita dan umat Islam
lalui di bulan-bulan Syawal yang lepas.
Di antara peristiwa-peristiwa bersejarah
Syawal, diantaranya;
Dikurniakan
hari perayaan, Aidilfitri.
Pada tahun ke 2 Hijrah, ummat Islam mula
difardhukan dengan kewajipan puasa dan pada
tahun itu juga Rasulullah mengishtiharkan
bahawa 1 Syawal adalah hari kebesaran ummat
Islam sebagai lambang kejayaan ummat mengharungi
cabaran Ramadhan dengan jayanya. Rasulullah
SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah
menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih
baik dari keduanya, yaitu hari raya Aidul-
fitri dan Aidiladha".
Diriwayatkan
dari Al-Nasa'i dan Ibnu Hibban dengan sanad
shahih. Ummat Islam dikurniakan dengan 2
hari raya iaitu hari raya Aidilfitri yang
dirayakan disetiap 1 Syawal dan hari raya
Aidiladha yang disambut pada 10 Zulhijjah.
Kedua-dua hariraya ini telah disambut penuh
meriah oleh ummat Islam sehingga kini malah
semakin hari semakin meriah. Namun begitu
ummat Islam tidak patut lupa bahawa Rasulullah
SAW juga telah mensyaratkan agar umat Islam
bertakbir sepanjang menyambut dua hari perayaan
tersebut. Sabda Rasulullah SAW: "Hiasilah
hariraya kamu dengan takbir"
Berlaku
Perang Uhud
Peperangan yang memberi tamparan dan pengajaran
yang amat bernilai bagi ummat Islam. Ummat
Islam yang mendapat kemenangan yang besar
pada awalnya tetapi bertukar menjadi kacau-bilau
ditewaskan oleh tentera Quraiysh dengan
sekelip mata. Dinamakan Perang Uhud kerana
peperangan ini berlaku di sebuah tempat
yang dinamakan Uhud dan dikelilingi dengan
bukit (Bukit Uhud) pada tahun ke 3 Hijrah.
Pihak kafir Quraiysh begitu bernafsu untuk
membalas dendam atas kekalahan mereka di
Perang Badar tahun lepas.
Rasulullah
SAW telah memerintahkan tentera pemanah
Islam supaya tidak meninggalkan posisi masing-masing
walau apapun yang berlaku. Disebabkan terpedaya
dengan banyaknya harta rampasan perang,
maka mereka membelakangkan arahan Rasulullah
SAW dan meninggalkan bukit untuk mengutip
harta rampasan. Maka tentera kafir Quraiysh
berpatah balik dan mengambil posisi yang
mereka tinggalkan dan mula menghujankan
panah kepada tentera Islam yang sedang leka
mengumpulkan harta rampasan perang. Kacau
bilau tentera Islam dan banyak sahabat yang
gugur syahid termasuklah Hamzah Asadullah,
bapa saudara Rasulullah SAW.
Segera
Rasulullah SAW menyusun semula tentera Islam
dan berjaya menyekat kemaraan tentera kafir.
Tamparan kepada ummat Islam bagaimana kemenangan
bertukar kekalahan di saat tak sepatutnya
kalah. Pengajaran kepada para sahabat dan
ummat Islam seluruhnya bahawa kita perlulah
sangat taat kepada Allah dan Rasul tidak
cukup hanya dengan percaya sahaja.
Perang
Khandak
Perang Khandak telah berlaku pada tahun
yang kelima Hijrah. Ia juga dinamakan dengan
peperangan Ahzab. Khandak membawa erti 'parit'.
Nama ini diambil sempena peristiwa ummat
Islam bersama-sama Rasulullah SAW telah
menggali parit di sekeliling Madhinah untuk
menghalang tentera kuffar dari melanggar
Madhinah.
Dan
dinamakan juga dengan peperangan Ahzab yang
membawa erti 'bersekutu' kerana beberapa
puak Quraiysh telah bergabung termasuklah
beberapa puak Yahudi telah membentuk satu
pakatan tentera bersekutu untuk melanggar
Madhinah dan memerangi ummat Islam. Peperangan
ini berlaku padatahun kelima Hijrah. Peperangan
ini berakhir dengan kemenangan tentera Islam
dengan bantuan Allah SWT.
Perang
Hunain
Perang Hunain terjadi pada 3 Syawal tahun
kelapan Hijrah, 15 hari setelah peristiwa
Pembukaan Kota Makkah. Selepas Perang Uhud,
ummat Islam sekali lagi telah mendapat pengajaran
yang amat bernilai iaitu kuantiti bukan
faktor utama kemenangan.
Semasa
perang Hunain, diriwayatkan jumlah ummat
Islam yang turut sama ikut keluar berperang
tidak kurang dari 10 000 orang dan tentera
kuffar hanyalah 2 puak kecil yang masih
degil menentang Islam (puak Hawazan dan
puak Tsaqif). Dengan jumlah tentera yang
ramai, ummat Islam sudah mula berasa bongkak
dan takabbur sehingga lupa tentang pertolongan
Allah SWT.
Allah
telah menguji tentera Islam dengan jebakan
(helah) tentera musuh dan tentera Islam
telah masuk perangkap. Kacau bilau dan ramai
yang melarikan diri.
Tentera Islam terpaksa berundur dan menyusun
strategi dan bertahan sehinggalah Allah
SWT mengurniakan kemenangan untuk tentera
Islam.
Lahirnya
Imam Bukhari
RH Muhammad ibnu Ismail adalah nama sebenar
Imam Bukhari RH. Beliau lahir di Bukhara,
Uzbekistan pada 194H dan meninggal dunia
pada 256H. Kitab beliau yang terkenal ialah
Shahih Bukhari. Sehingga kini beliau masih
berhak digelar 'Ulamak Hadis Nombor Satu'.
Seluruh
hidup beliau dihabiskan untuk mengkaji,
menghafaz dan mencatit hadis-hadis Rasulullah
SAW. Hadis-hadis yang diriwayatkan beliau
adalah hadis-hadis shahih.
|