TAUBAT
Seorang
hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?
Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:
1.
Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat
dengan orag-orang soleh
2. Menghentikan semua maksiat dan rajin
melakukan ketaatan.
3. Hilang rasa kesenangan kepada dunia
pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
4. Percaya kepada jaminan Allah dalam
urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah
Allah
Maka
bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat
yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang
bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".
Kemudian
dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:
1.
Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu
mendoakannya
3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya
yang telah lalu
4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya
Manakala
Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:
1.
Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah
berdosa
2. Dia dicintai oleh Allah
3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum
keluar daripada dunia ini