WACANA PENDIDIKAN FATWA
SEMPENA
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT NEGERI MELAKA 1432H/2011M
13 Februari 2011, Auditorium Masjid Negeri Al-Azim, Melaka.
LATAR BELAKANG
Program pendidikan fatwa berbentuk wacana ini bertujuan menyebarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan fatwa-fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri kepada masyarakat awam .
Pendidikan fatwa secara ilmiah perlu dilaksanakan bagi memberi penjelasan tentang sesuatu isu menurut aspek agama khususnya berkaitan isu-isu semasa yang timbul dalam masyarakat .
Melalui pendekatan mendidik masyarakat seperti ini , diharap agar masyarakat Islam dapat memahami sesuatu isu dengan jelas sebagai panduan dan amalan hidup . Ia sekali gus dapat mengelakkan masyarakat Islam daripada menerima dengan mudah hukum hakam yang dikeluarkan oleh golongan yang tidak berautoriti .
OBJEKTIF
Menyebarkan keputusan Muzakarah fatwa kebangsaan dan fatwa negeri .
Memberi penjelasan dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu yang telah difatwakan .
Mendidik masyarakat supaya memahami sesuatu fatwa yang dikeluarkan dan seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan mereka .
ATURCARA WACANA:
Masa
Aturcara
8.00 pagi
Pendaftaran peserta
9.00 pagi
Majlis Perasmian oleh Y.B. Datuk Hj. Ghazale bin Mohamed
9.30 pagi
Pembentangan Kertas Kerja 1 : Amalan Khurafat dan Azimat dari Perspektif Islam
Oleh Ustaz Mohd. Azam bin Masod, Bahagian Penyelidikan Akidah JAKIM
11.00 pagi
Pembentangan Kertas Kerja 2 : Amalan Perbomohan dan Penggunaan Jin Dalam Rawatan Menurut Perspektif Islam
Oleh Ustaz Kamarulsaman bin Yaakob, Bahagian Penyelidikan Akidah JAKIM
12.00 tengahari
Slot Zakat : Fatwa-fatwa Terkini Zakat
Oleh Ustaz Mohd Uda bin Kasim.
1.30 petang
Makan Tengahari dan Bersurai
Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan, sila hubungi Jabatan Mufti Melaka di talian 06 284 7920/21.