|
PENGENALAN
|
|
Zu
ertinya "yang empunya". Qa'adah ertinya
"duduk". Ini membawa erti bahawa bulan Zulkaedah
ialah bulan untuk berehat-rehat.
Sejak
dari dahulu lagi, sebelum kedatangan Islam,
masyarakat Arab telah mengiktiraf bahawa
Zulkaedah adalah satu bulan daripada empat
bulan yang mulia dan diharamkan berperang.
Maka
masyarakat Arab jahiliah tidak keluar berperang
pada bulan ini. Selain Zulkaedah, bulan
Zulhijjah, Muharram dan Rejab juga adalah
bulan haram ( bulan yang dimuliakan dan
diharamkan berperang ).
Dan
setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW
mengekalkan kemuliaan empat bulan haram
ini, mengekalkan namanya dan mengharamkan
berperang padanya.
Bersempena
inilah dinamakan ia dengan "Zulkaedah".
|