MAKLUMAN AKTIVITI

KHEMAH IBADAH DAN MOTIVASI PELAJAR

Sasaran untuk pelajar berumur 12 tahun ke atas

Tarikh : 20 hingga 21 Ogos 2008 (Rabu dan Khamis)
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi pada 20.8.2008
Tarikh tutup : 18.8.2008

Matlamat/Objektif Program:

  1. Matlamat program ini adalah untuk memantapkan usaha bagi melahirkan pelajar soleh dan berjaya serta membentuk pelajar kepada erti tanggungjawab, disiplin, amanah, bantu-membantu dan sebagainya

  2. Ianya juga dapat menyemai sifat kepimpinan dan jatidiri yang mantap serta dapat menerapkan tatacara hidup dan penghayatan beragama dan amalan mulia sepanjang hari (dalam kehidupan

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR-PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR, PMR, SPM DAN STPM 2008

Tarikh : 24 Ogos 2008 (Ahad)
Masa    : Selepas Maghrib          
Tempat : Dewan Solat, Masjid Al-Azim

PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1429H/2008M

Tarikh   :            31 Ogos 2008 (malam 1 Ramadhan) – Ahad
Masa    :            Selepas Solat Terawih
Tarikh Tutup  : 21.8.2008

KELAS ASAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN KANAK-KANAK TAHUN 2008

Sasaran
Kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun
Jadual Kelas:
Setiap hari Isnin hingga Jumaat
Masa
2.30 petang - 4.00 petang
Pengisian Program:
i) Muqaddam : Asas Al-Quran
Mengenal huruf, sifat dan makraj huruf, kalimah Al-Quran mengeja dan membaca surah-surah pendek.
ii) Muqaddam : Fardhu Ain
Amali wudhu', amali sembahyang, mengenal Allah dari sifat wajib, harus dan mustahil serta mengenal Rasul dari sifat wajib, mustahil harus dan nama nabi.

KELAS PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN DAN FARDHU AIN KANAK-KANAK TAHUN 2008

Sasaran
Kanak-kanak berumur 7 hingga 16 tahun
Jadual Kelas:
Setiap hari Sabtu hingga Ahad
Masa (pilihan)

i) 8.00 pagi hingga 10.00 pagi
ii) 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari
iii) 2.00 petang hingga 4.00 petang

Pengisian Program:
Modul  Al-Quran: 

Pelajar akan menghafaz surah-surah pendek dalam juzuk Amma iaitu bermula dari surah An-Nas hingga surah An-Naba’ (bermula awal juzuk 30 hingga akhir)

Modul Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah:

Pelajar akan didedahkan berkaitan ilmu-ilmu solat, cara mengambil wuduk, cara sembahyang, bacaan Al-Fatihah, surah-surah pendek, bacaan-bacaan dalam sembahyang dan lain-lain doa yang berkaitan.  Pelajar juga akan didedahkan tentang solat-solat nawafil/sunat serta kelebihannya.

KELAS PENGAJIAN AGAMA DEWASA PERSIJILAN TAHUN 2008

Jadual Kelas:
Setiap Sabtu dan Ahad
Masa

9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Sebarang pertanyaan boleh rujuk di No.  Telefon:  06-2841142 /06-2860435
Maklumat juga boleh dilayari melalui laman web:www.al-azim.com/~alazim
Atau e-mail ke : maazim@streamyx .com