SEJARAH

Rancangan pembinaan Masjid Al-Azim ini adalah satu daya usaha yang dipelopori oleh YAB Ketua Menteri Melaka.  Ianya merupakan salah satu projek terbesar Kerajaan Negeri Melaka yang bermatlamat menegakkan syiar Islam dan sebagai simbol perpaduan ummah di negeri ini.  Malahan menjadi suatu mercu tanda tentang peranan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 - 1511M) sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara. 

Pembinaan masjid ini menelan belanja sejumlah RM19.5 juta yang merangkumi 2 fasa.  Fasa pertama telah pun siap dibina dalam jangkasama 7 tahun.  Ianya telah mula digunakan sejak 12 Januari 1990 untuk sembahyang Jumaat dan sembahyang lima waktu.

Masjid ini telah dirasmikan pada hari Jumaat 20 Zulhijjah 1410 H bersamaan 13 Julai 1990M yang merupakan suatu upacara bersejarah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Azlan Shah.