(No. Pendaftaran:  989/89 (Melaka)
Latarbelakang Tujuan Keahlian Yuran
Bantuan Penaung JK Tadbir Juruaudit
Berita Terkini

Latarbelakang


Badan Khairat Kematian Kariah Ayer Keroh telah didaftarkan penubuhannya pada tahun 1989.

Hingga kini  ia mempunyai seramai 270 orang ahli.  Adalah dijangka bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa  hasil daripada pertambahan penduduk yang pesat di kariah ini dan hebahan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Badan ini dan juga Jawatankuasa Masjid.

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, Pengerusi JKKK Ayer keroh dengan secara automatiknya menajadi Penaung kepada Badan Khairat Kematian Kariah Ayer Keroh.
 

Ke Atas
Tujuan

Memberi wang bantuan khairat kepada ahli atau waris ahli bila berlaku kematian di antara mereka.

Mengukuhkan persaudaraan dan kerjasama di kalangan umat Islam dalam urusan kebajikan.

Menyediakan apa jua keperluan berkaitan dengan kematian dalam Kariah Ayer Keroh.
 
 
 
 

 


Keahlian

Keahlian Badan ini terbuka kepada orang 
perseorangan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) Bermastautin di dalam Kariah Ayer Keroh
(b) Beragama Islam
(c) Telah berumur 18 tahun tetapi tidak lebih 60 tahun
(d) Mempunyai pendapatan
(e) Bersifat siuman.

Syarat (b), (d) & (e) mesti ada pada ahli sepanjang 
keahliannya.

Permohonan menjadi ahli boleh dibuat melalui Jawatankuasa Tadbir. 

Ke Atas
Yuran Ahli

Pendaftaran:          RM5.00
Yuran Bulanan:      RM2.00

Yuran bulanan hendaklah dibayar kepada Bendahari dalam tempoh satu (1) bulan bila masuknya tempoh yang patut dibayar.

Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada enam (6) bulan dengan sendirinya hilang hak-hak keistimewaan sebagai ahli.

Bayaran Bantuan

Wang bantuan akan dikeluarkan bila ada kematian seperti berikut:
 
(a) Atas kematian ahli  RM300.00
(b) Isteri atau suami kepada ahli  RM300.00
(c) Anak yang berumur 18 tahun  ke atas RM200.00
(d)  Anak yang berumur bawah 18 tahun RM150.00
(e) Ibu, bapa kepada ahli RM150.00
 
Ke Atas

Penaung

Tuan Hj Mohd Jonid Bin Hj Mohd Said, DSM, BKT, JP., 
Pengerusi JKKK Ayer Keroh
Ke Atas

Jawatankuasa Tadbir

JAWATAN
NAMA
TELEFON
Pengerusi
Tuan Hj. Mustapa Bin Hj. Mohd Said, BKT, PMC, PJK
012 6013052
Naib Pengerusi
Tuan Hj. Adam Bin Zainal
 
Setiausaha
Encik Ismail Bin Mohamad
019 2721393
Penolng Setiausaha
Encik Mohd Yusri Bin Hj. Seman
2311772
Bendahari
Ustaz Hj. Saarani Bin Hj. Daud, PJK

016 3810812

Ahli Jawatankuasa
Encik Abd. Hadi Bin Said
-
Ahli Jawatankuasa
Encik Mohd Ripin Bin Abdul
-
Ahli Jawatankuasa
Encik Yaakob Bin Ahmad
-
Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Abu Khair Bin Shukor
-
Ahli Jawatankuasa
Encik Salleh Bin Ahmad
-
Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Ahmad Bin Salem
-
Ahli Jawatankuasa
Encik Ismail Bin Daud
 2319271
Ahli Jawatankuasa
Tuan Hj. Ramli Bin Abdullah
-
Ahli Jawatankuasa
Puan Nen Bt. Idris
-
Ahli Jawatankuasa
Puan Kasinah Bt. Mohd. Salleh
-
Ke Atas

Juruaudit Dalam

Tn. Hj Abd. Hakim Bin Nordin
En. Zainal Bin Hassan

 


Seorang Hamba Allah telah dengan murah hatinya menderma sebuah tempat mandi mayat yang baru untuk digunakan oleh Kariah Ayer Keroh.

Jawatankuasa Masjid dan Badan Khairat ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Hamba Allah ini.  Kepada Allah kami serahkan untuk mengurniakan ganjaran setimpal kepada beliau.
 

 
Ke Atas

 

CARTA ORG  | SEJARAH  | JAWATANKUASA |  UTAMA  | PEG SYARAK | AKTIVITI
 Kelas Takmir |   Awal Muharam  |  Maulidur Rasul  |  Israk Mikraj  |  Nisfu Syaaban
Khenduri ArwahTahunan  Ramadan  |  Aidilfitri  |  Aidiladha  |  Berzanji & Marhaban  |  Maulud Dibai' 
BIRO-BIRO    |    SURAU    |   PEGAWAI ADAT     |    S. R. AGAMA
Kejayaan Masjid   |   Lawatan    |    Perasmian    |    Ceramah    |    Keraian
Mari Merenung Sejenak:
Renungan 1  |  Renungan 2  I  Renungan 3  |  Renungan 4