|
|
|
|
Ceramah Agama Khas Oleh Penceramah Saudara Kita
| Seorang
Penceramah Saudara Kita telah menyampaikan ceramahnya di Masjid
Ubudiah, Ayer Keroh pada 29 September 2002 (Ahad malam Isnin) mulai jam
7.30 malam (Selepas Solat Maghrib). Majlis ini adalah di bawah anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Gambar-Gambar Kenangan
|
|||||||||||||||||||||||
|
|
Ceramah Agama Khas Menyambut Awal Muharam 1423 H
| Ceramah tersebut di atas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Penerangan Melaka, telah diadakan di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh pada hari Sabtu 23 Mac 2002 (9 Muharam 1423 H) selepas Solat Isyak. Seorang Penceramah Luar (dari Kuala Lumpur) telah dijemput khas untuk memberikan ceramah yang sepatutnya dijalankan selepas Solat Maghrib. Malangnya beliau tidak dapat hadir atas sebab yang tidak diketahui. Penceramah pengganti ialah Ust. Hj. Osman Bin Mohd Som, seorang penceramah agama bebas yang terkenal juga di Negeri Melaka. Ramai ahli kariah telah hadir, tetapi mereka agak kecewa setelah diberitahu yang penceramah dari KL itu tidak dapat hadir. Malah ada yang tinggalkan masjid sebaik saja selesai Solat Maghrib, tidak menunggu Isyak. Kepada mereka Ust. Hj Osman sudah biasa dengan mereka kerana 2 minggu sekali beliau memberi ceramah di Masjid Ubudiah selepas Solat Subuh. Bagaimanapun masih ramai lagi yang menunggu untuk mendengar ceramah tersebut.
|
|
|
Ceramah Persatuan Ulamak Negeri Melaka
| Persatuan Ulamak Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka telah mengadakan satu ceramah di Masjid Ubudiah, Ayer Keroh pada 6 Disember 2001 Selepas Solat Terawih yang lalu. Ust Hj Johan Ibrahim sebagai penceramah telah memberikan sedikit penerangan mengenai kebesaran Ramadhan dan apa yang sepatutnya dilakukan oleh setiap umat Muslim sepanjang bulan yang mulia ini. Pada akhir ceramahnya, Hj Johan
menerangkan bahawa Malaysia adalah negara Islam sepertimana
yang telah dijelaskan oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia. |
|
|
|
Kelas Kafa | Kelas Takmir | Awal Muharam | Maulidur Rasul | Israk Mikraj | Nisfu Syaaban Khenduri ArwahTahunan | Ramadan | Aidilfitri | Aidiladha | Berzanji & Marhaban | Maulud Dibai' BIRO-BIRO | SURAU | BADAN KHAIRAT | PEGAWAI ADAT | S. R. AGAMA Kejayaan Masjid | Lawatan | Perasmian | Keraian |
|
|
|