Sambutan Israk Mikraj 1430 H

Masjid Ubudiah telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj 1430H pada hari Ahad (Malam Isnin) 19 Julai 2009 (Bersamaan dengan 26 Rejab (Malam 27 Rejab) 1430 H selepas Solat Maghrib.


Penceramah yang dihantar oleh JASA Negeri Melaka, YBhg Ustaz Khairul Amin Bin Madun, telah menyampaikan ceramah.  Beliau telah menceritakan kisah-kisah yang telah disaksikan oleh Rasullah S.A.W. semasa melakukan Israk Mikraj dan menghubungkaitkannya dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam masakini khasnya.

 
Bilangan Ahli Kariah Ayer Keroh yang hadir di majlis pada malam itu amatlah memberangsangkan.  Jawatankuasa Masjid Ubudiah berasa cukup puas hati dengan sambutan dan penyertaan ahli-ahli kariah pada kali ini.  Sebagaimana yang diharapkan, ramai ahli kariah tidak kira lelaki ataupun wanita datang ke masjid dengan membawa kuih-muih untuk dijadikan hidangan jamuan ringan.

 

 
CARTA ORG SEJARAH  | JAWATANKUASA |  UTAMA  PEG SYARAK | AKTIVITI
Kelas Takmir |   Awal Muharam  |  Maulidur Rasul  |  Nisfu Syaaban 
Khenduri Arwah Tahunan 
| Ramadan  |  Aidilfitri  |  Aidiladha  |  Berzanji & Marhaban  |  Maulud Dibai' 
BIRO-BIRO    |    SURAU    |    BADAN KHAIRAT    |    PEGAWAI ADAT     |    S. R. AGAMA
Kejayaan Masjid   |   Lawatan    |    Perasmian    |    Ceramah    |    Keraian
Mari Merenung Sejenak:
Renungan 1  |  Renungan 2  I  Renungan 3   |  Renungan 4