|
|
| Khenduri Arwah Tahunan berkelompok di Masjid Ubudiah pada tahun ini telah diadakan pada hari Sabtu, 2 November 2002 (26 Syaaban 1423 H). Majlis bacaan Yaasin dan tahlil beramai-ramai selepas Solat Maghrib telah diketuai oleh Imam 1 (Ust. Hj. Saarani). Kira-kira 250 orang telah hadir pada malam itu. Selepas Solat Isyak, sebelum jemaah menikmati jamuan
nasi yang disediakan secara gotong-royong, satu upacara ringkas
penyampaian cenderahati telah dilangsungkan. Majlis dimulai dengan
ucapan
aluan Pengerusi Masjid, Tuan Hj Ismail Bin Jaafar.
Penerima-penerima cenderahati pada kali ini ialah:
Jawatankuasa Masjid Ubudiah dan Pegawai-Pegawai Syarak mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t. dan terima kasih kepada Muslimin dan Muslimat di Kariah Ayer Keroh yang telah menyumbangkan tenaga dan kewangan bagi menjayakan Khenduri Arwah pada tahun ini yang dianggap amat memuaskan. Allah jua yang akan membalas segala bakti dan sumbangan ikhlas yang telah diberikan. Amin. Gambar Menyediakan Makanan
Gambar Membaca Yaasin & Tahlil
|
|||||||||||||||
| Ke Atas |
| Gambar-Gambar Penyampaian Cenderahati |
| Seperti yang dilakukan setiap tahun, Khenduri Arwah berkelompok di Masjid Ubudiah pada tahun ini telah diadakan pada 10 November 2001, hari Sabtu (Malam Ahad) selepas Solat Maghrib. Kira-kira 250 orang telah hadir. Bacaan Yaasin dan tahlil beramai-ramai telah diketuai oleh Imam 1 (Ust. Hj. Saarani). Selepas Solat Isyak, sebelum jemaah menikmati jamuan nasi yang disediakan secara gotong-royong, satu upacara ringkas penyampaian cenderahati telah dilangsungkan. Penerima-penerima cenderahati ialah mereka yang telah berusaha kuat menjadikan 'landskap' Masjid terpilih mewakili Negeri Melaka ke Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan Tahun 2001. Bendahari Masjid dan Pegawai-Pegawai Syarak juga menerima cenderahati. Jawatankuasa Masjid Ubudiah dan
Pegawai-Pegawai Syarak
mengucapkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah s.w.t. dan terima kasih
kepada penduduk-penduduk Kariah Ayer Keroh yang telah menyumbangkan
tenaga
dan wang bagi menjayakan Khenduri Arwah pada tahun ini yang dianggap
amat
memuaskan. Allah jua yang akan membalas segala bakti dan
sumbangan
ikhlas yang telah diberikan. |
| Ke Atas |
|
Kelas Kafa | Kelas Takmir | Awal Muharam | Maulidur Rasul | Israk Mikraj | Nisfu Syaaban Ramadan | Aidilfitri | Aidiladha | Berzanji & Marhaban | Maulud Dibai' BIRO-BIRO | SURAU | BADAN KHAIRAT | PEGAWAI ADAT | S. R. AGAMA Kejayaan Masjid | Lawatan | Perasmian | Ceramah | Keraian |
|
|
|