Alhamdulillah, Masjid Ubudiyah, Ayer Keroh, Melaka telah memperolehi beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan sejak pengwujudannya, khasnya dalam tempoh sedekad yang lalu. 

Namun, Jawatankuasa Masjid tidak mempunyai sikap dan sentimen ‘cukuplah setakat itu’.  Usaha yang gigih selama ini akan diteruskan moga-moga masjid ini akan dapat mengecapi beberapa kejayaan lagi pada masa akan datang. 

 

Jawatankuasa dan Pegawai-Pegawai Syarak Masjid akan melipatgandakan usaha dalam aspek ‘pengimarahan masjid’.  Masing-masing sedar apa gunanya kejayaan-kejayaan fisikal masjid dan individu-individu pentadbir masjid andainya kehadiran dan penyertaan para jamaah (ahli-ahli kariah) dalam menunaikan Solat Waktu, khasnya, dan mengikuti majlis-majlis ilmu dan sambutan hari/peristiwa kebesaran Islam, amnya, tidak dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

     

REKOD KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG LEPAS

Tarikh

Hadiah / Kedudukan /Penerima Anugerah

Aspek / Bidang

Peringkat / Sempena

 

2008

 

JOHAN

 

Pertandingan Pentadbiran Dan Keceriaan Masjid

 

Peringkat Negeri Melaka – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H

 

 

 

 

2007

NAIB JOHAN

Pertandingan Kebersihan Tandas

Peringkat Daerah Melaka Tengah

 

 

 

 

2007

Ustaz Hj Saarani Bin Hj Daud (Imam Satu)

Pingat PJK (Pingat Jasa Kebaktian) daripada TYT Yang DiPertua Negeri Melaka.

Sempena Sambutan Hari Lahir TYT.

 

 

 

 

2006

Ustaz Hj Saarani Bin Hj Daud (Imam Satu)

Tokoh Maal Hijrah 1428H Bagi Kategori Pegawai Syarak

Peringkat Negeri Melaka – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1428H.

 

 

 

 

2006

Tuan Hj Mustapa Bin Hj Mohd Said (Pen. Setiausaha Masjid)

Bintang BKT (Bintang Kelakuan Terpuji) daripada TYT Yang DiPertua Negeri Melaka

Sempena Sambutan Hari Lahir TYT.

 

 

 

 

2005

Tuan Hj Ismail Bin Jaafar (Pengerusi Jawatankuasa Masjid)

Tokoh Maal Hijrah 1426H Bagi Kategori Pegawai Masjid

Peringkat Negeri Melaka – Sempena Sambutan Maal Hijrah 1426H

 

 

 

 

2002

JOHAN

Pertandingan Landskap Negeri Melaka.

Peringkat Daerah Melaka Tengah – Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2002

 

 

 

 

2002 Mendapat 3 set komputer PC daripada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Teknologi Maklumat. Sempena kehadiran YAB menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ubudiyah pada 08 Februari 2002.
       
2001 Dipilih menyertai Program E- Masjid dan mendapat 1 set PC dengan keperluan asas, termasuk kemudahan internet. Teknologi Maklumat. Program E-Masjid Peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Mufti Negeri Melaka.
       

Masjid Ubudiah Johan (Daerah Melaka Tengah) Pertandingan Landskap

Masjid Ubudiah telah berjaya menjadi Johan (Daerah Melaka Tengah) Dalam Pertandingan Landskap dalam Kategori Masjid bagi tahun 2002.

Hadiah wang tunai sebanyak RM300 dan satu sijil penghargaan telah diperolehi.

Terima kasih kepada mereka yang telah berusaha untuk menjaga dan mencantikkan landskap masjid.  Semuga Allah membalas segala jasa tuan-tuan dengan sewajarnya.

 

 

Masjid Ubudiah Mendapat Komputer

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, DCSM, DMSM, DSM, PBM telah bersetuju untuk menghadiahkan 4 set komputer kepada Masjid Ubudiah.

Beliau mengumumkan berita yang menggembirakan ini semasa melawat bilik komputer masjid selepas solat Jumaat, 8 Februari 2002 dan juga dalam siaran Radio Malaysia Melaka pada pagi Ahad 10 Februari 2002.

 

 

Setinggi-tinggi terima kasih kepada:

 

YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka  


 


Masjid Ubudiah Terpilih Mewakili Negeri Melaka Dalam Pertandingan Landskap

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Landskap Negara telah memilih Masjid Ubudiah, Ayer Keroh untuk mewakili Negeri Melaka ke Pertandingan Landskap (Halaman Cantik) Masjid Peringkat Kebangsaan Tahun 2001. 

Syukur kepada Allah atas pengiktirafan dan pengurniaan yang tingggi ini.

Pada malam Khenduri Arwah Tahunan (10 November 2001) Jawatankuasa Masjid Ubudiah telah menghadiahkan sedikit cenderahati kepada tiga orang yang terlibat secara langsung  menjadikan 'landskap' masjid begitu indah.  Mereka ialah Tuan Hj Md. Nor (Ketua Biro Landskap), Tuan Sheikh Nasir, dan Encik Said Abdullah.

Cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd. Jonid selaku Setiausaha Masjid merangkap Pengerusi JKKK Ayer Keroh.

Tuan Hj Md Nor menerima cenderahati daripada Tn. Hj Mohd Jonid (Setiausaha JK Masjid). Nasib baik bunga-bunga subur macam Tn. Hj Md Nor. En. Said Abdullah menerima cenderahati daripada Tn. Hj Mohd Jonid.  Tn. Sheikh Nasir menerima cenderahati daripada Tn. Hj Mohd Jonid.  Di pejabat  seorang pegawai, di masjid jadi tukang kebun sukarela.


Encik Said Abdullah, seorang guru sekolah,membelai bunga-bunga. 
Nasib baik bunga-bunga tidak ikut kurus seperti beliau.  Apapun,
bukan mudah guru nak jadi tukang kebun sukarela di masjid.

   

Program E-Masjid

Syukur, Alhamdulillah, Masjid Ubudiah merasa bertuah kerana telah dipiih menyertai Program E-Masjid yang dianjurkan oleh Pejabat Mufti Negeri Melaka.  Selain daripada Masjid Ubudiah, 25 buah masjid lain di Negeri Melaka telah dipilih menyertai Fasa Pertama program tersebut yang dilancarkan pada awal 2001.

Masjid Ubudiah telah dibekalkan dengan sebuah komputer, lengkap dengan keperluan asas dan pencetaknya.  Telefon juga dibekalkan untuk membolehkan masjid menggunakan kemudahan internet.

Tuan Hj Mustapa, Encik Mustafa (Imam 1) dan Tuan Hj Mohd Zim (Bilal) telah menghadiri Kursus Pengenalan Komputer tajaan Pejabat Mufti di Multimedia Uniersity, Bukit Beruang, Melaka.
 

 
 
CARTA ORG | SEJARAH | JAWATANKUASA |  UTAMA  | PEG SYARAKAKTIVITI
Kelas Takmir |   Awal Muharam  |  Maulidur Rasul  |  Israk Mikraj  |  Nisfu Syaaban 
Khenduri ArwahTahunan  | Ramadan  |  Aidilfitri  |  Aidiladha  |  Berzanji & Marhaban  |  Maulud Dibai' 
BIRO-BIRO | SURAU | BADAN KHAIRAT | PEGAWAI ADAT | S. R. AGAMA
  Lawatan    |    Perasmian    |    Ceramah    |    Keraian
Mari Merenung Sejenak:
Renungan 1  |  Renungan 2  I  Renungan 3  |  Renungan 4