| Masjid Ubudiah, Ayer Keroh telah mengadakan majlis meraikan 23 orang bakal-bakal haji dan Hajjah di Kariah Ayer Keroh pada hari Khamis (Malam Jumaat), 6 Zulkaedah 1423H (9 Januari 2003) selepas Solat Maghrib. Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat beramai-ramai telah diketuai oleh Tuan Imam 1 (Ust. Hj Saarani). Pengerusi Masjid Ubudiah, Tuan Hj Ismail Bin Jaafar, telah memberikan ucapan ringkas khasnya mengalu-alukan bakal-bakal haji dan hajjah dan mendoakan agar mereka selamat sejahtera dalam perjalanan dan semasa mengerjakan haji di tanah suci nanti. Pengerusi JKKK yang juga Setiausaha Masjid Ubudiah, Tuan Hj Mohd Jonid Bin Hj Mohd Said, telah sudi menyampaikan cenderahati kepada semua bakal haji dan hajjah (atau wakil mereka). Selepas Solat Isyak bakal-bakal haji
dan hajjah dan semua hadirin diraikan dengan jamuan makan di
perkarangan
masjid. |
| Ke
Galeri Gambar 2 |
|
Kelas Kafa | Kelas Takmir | Awal Muharam | Maulidur Rasul | Israk Mikraj | Nisfu Syaaban Khenduri ArwahTahunan | Ramadan | Aidilfitri | Aidiladha | Berzanji & Marhaban | Maulud Dibai' BIRO-BIRO | SURAU | BADAN KHAIRAT | PEGAWAI ADAT | S. R. AGAMA |
|
|
|