| Seperti tahun-tahun lalu, Masjid Ubudiah melaksanakan Korban
Berkelompok pada hari kedua Hari Raya Aidiladha (2 Februari 2004).
Sembilan ekor lembu telah dijadikan korban. Gotong royong menyempurnakan amalan ini begitu meriah dan menyeronokkan. Pada tahun ini ramai ahli kariah (lelaki dan perempuan) hadir, mungkin kerana kali ini jumlah lembu korban agak banyak. Yang perempuan sibuk dengan menyiapkan makan tengahari untuk semua yang hadir. Seperti biasa anak-anak tidak ketinggalan sibuknya.... bahkan mereka yang lebih sibuk. Jawatankuasa Masjid Ubudiah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli kariah yang telah memberikan pengorbanan dan sumbangan yang ikhlas demi menjayakan majlis korban berkelompok pada tahun ini. |