RENUNGAN
|
Jika hanya dengan menghadiri satu jam ceramah agama sekali dua dalam seminggu dan mendengar Khutbah Jumaat sekali seminggu di masjid (Itupun dalam keadaan antara terjaga dan tertidur), kita sudah mendabik dada dan merasakan yang kita sudah cukup berpengetahuan dan berilmu dan mudah menyalahkan pihak sana dan pihak sini dalam segala aspek……., kita sebenarnya menzalimi diri sendiri, menjadi orang-orang
yang rugi…….dan akibatnya kita terjebak ke dalam golongan yang digelar: |
|
UMAT ISLAM DAN ICT |
|
Dari perspektif Islam, ICT bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya Islam telah memberikan garis panduan yang mencukupi menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Semestinya kecanggihan ICT masakini dimanfaatkan oleh umat Islam sejagat agar kita akan dapat menggunakan peluang dan ruang yang disediakan menerusi aplikasi-aplikasi ICT untuk mengejar kembali mereka yang telah jauh lebih maju dan untuk menangkis segala dakyah, maklumat dan ajaran mereka yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam dan pengikut-pengikutnya. Justeru itu, umat Islam di Kariah Ayer Keroh seharusnya mengamil peluang sepenuhnya untuk menggunakan kemudahan ICT yang telah disediakan oleh Masjid Ubudiah. |
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Nahl (16): 78
“Dan Allah mengeluarkan
kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan
tidak mengetahui
sesuatupun; dan Ia mengurniakan kepada kamu
pendengaran
dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur”.
Hadis Nabi S.A.W riwayat Ibn Majah dan Al-Baihaqi:
“Menuntut Ilmu itu fardu ke atas setiap Muslim”.
Ucapan Sayyidina Umar Al-Khatab:
“Ajarlah anak-anakmu dengan
ilmu semasa. Sesungguhnya mereka
dicipta di suatu zaman yang bukan lagi zamanmu”.
|
|