|
|
| |
|
| |
| Sekolah Rendah Agama Ayer Keroh terletak di Taman Ayer Keroh Heights, betul-betul di belakang Masjid Ubudiah. Jalan masuk ke sekolah ini adalah juga jalan masuk ke masjid. Sekolah dua tingkat yang siap dibina pada tahun 2000 telah dibiayai sepenuhnya oleh orang-orang perseorangan bukan sahaja dari Kariah Ayer Keroh tetapi juga dari tempat-tempat lain. Sekolah ini boleh menampung seramai
lebih kurang 350 pelajar pada satu-satu masa.
Bagaimanapun, bilangan pelajarnya kini telah mencapai 490 orang,
menyebabkan kesesakan dan kekurangan bilik darjah sehinggakan kantin
terbuka terpaksa digunakan sebagai bilik darjah.
Syukur, Kemudahan-kemudahan pembelajaran yang asas adalah
mencukupi dan akan ditingkatkan bilamana perlu kelak. Lembaga Kemajuan sekolah ini sedang
berusaha mengumpul wang sumbangan orang ramai untuk membina bangunan
tambahan bersebelahan dengan bangunan sekarang. Dianggarkan sebanyak RM40,000 diperlukan. Tenaga pengajar di sekolah ini
sekarang terdiri daripada 6 orang guru, 2 orang lelaki dan 4 orang
perempuan, yang dibekalkan dan diselia oleh Jabatan Agama Islam
Melaka. Guru Besar ialah Ustazah Khairiah Bti Abdullah. |
|
|
|
| Pengerusi | Tn. Hj. Mohd Jonid Bin Hj. Mohd Said |
| Naib Pengerusi | Tn. Hj. Mustapa Bin Hj. Mohd Said |
| Setiausaha | Ustazah Khairiah Bte Abdullah |
| Penolong Setiausaha | Ustazah Suhaili Bte Abu Bakar |
| Bendahari | Tn. Hj. Mohamad Bin Embong |
| Ahli Jawatankuasa | 1. En. Abd Hadi Bin Said |
| " " | 2. Tn. Hj Johar Bin Baharum |
| " " | 3. Ustaz Hj Saarani Bin Hj Daud |
| " " | 4. En. Hiddir Bin Md. Jali |
| " " | 5. En. |
| " " | 6. Pn. Kasinah Bte Mohd Salleh |
| " " | 7. Tn. Hj Abdul Haleem |
| " " | 8. Tn. Hj. Ujud Bin Ismail |
| " " | 9. Encik Shamsuddin |
| " " | 10. Tn. Hj Ariff |
| - | - |
| Pemeriksa Kira-Kira | 1. En. Hasan Bin Md. Zin |
| " " | 2. En. Roslan Bin Ya'acob |
|
|
Mengajar Jawi |
Mengajar Bahasa Arab |
| Sekolah Rendah Agama Ayer Keroh telah
dirasmikan oleh YB Datuk
Hj. Mo'min
Bin Hj. Abd. Aziz, EXCO Kerajaan Negeri
Melaka, mewakili YAB Datuk Wira Hj.
Mohd. Ali Bin
Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka
pada 16
September 2001.
Malangnya sedikit benar ibu bapa yang anak mereka sedang menuntut di Sekolah ini hadir di majlis tersebut. YB Datuk Hj. Mo'min telah menyatakan kekesalannya atas sambutan dan penyertaan yang dingin di kalangan ibu bapa ini seolah-olah majlis seperti ini tidak penting dan tidak perlu diambil perhatian. Beliau menegaskan bahawa penyertaan dan sokongan moral ibu bapa dalam acara seperti ini boleh menggalakkan anak-anak bersifat lebih bertanggungjawab dan rajin berusaha. Di sini dipaparkan beberapa keping gambar majlis perasmian untuk tatapan dan kenangan anda sekalian. |
| Klik Di Sini Untuk Melihat Gambar-Gambar Di Majlis Perasmian |
|
Kelas Takmir | Awal Muharam | Maulidur Rasul | Israk Mikraj | Nisfu Syaaban Khenduri ArwahTahunan | Ramadan | Aidilfitri | Aidiladha | Berzanji & Marhaban | Maulud Dibai' BIRO-BIRO | SURAU | BADAN KHAIRAT | PEGAWAI ADAT |
|
|
|