|
|
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.......ADAKAH TANGISAN
ITU BOLEH DIPAKSA.......
Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
01) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
02) Menangis kerana rasa takut.
03) Menangis kerana cinta.
04) Menangis kerana gembira.
05) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
06) Menangis kerana terlalu sedih.
07) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
08) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
09) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm
: 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab
tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata
mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah
kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir
ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia
ini.
Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya
meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa
Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :-
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan
tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum
menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak
mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak
ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia
bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air
matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis
sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan
menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum aku pernah
menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!." Air mata yang tiada
di tuntut
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang
telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat
persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang
bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah
pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di
atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa
bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik
kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali
dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya
jua.
Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata
yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata
yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari
qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran
Allah swt lalu bercucuran air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran
lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a, saya di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang
mencabut nyawanya.
3. saya tidak tahu sama ada saya akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan, Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat
dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat
yang Memiliki mu."
|
|
|
|