SALAM
SEJAHTERA..........Salam hormat buat anda semua;
Terima kasih atas kesudian anda melawat laman web kami. Sekiranya anda
melawat ke Melaka Bandaraya Bersejarah melalui pintu masuk Lebuh Raya
Ayer
Keroh, maka jangan lupa untuk singgah ke masjid kami. Terletak hanya kira-kira
6 Km dari kompleks Tol Ayer Keroh masjid kami merupakan tempat persinggahan
yang selesa untuk anda yang bermusafir bagi menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T dan beristirehat buat seketika. Sesampai saja anda ke Pekan Durian Tunggal, anda akan melihat Masjid
An-Naim tersergam indah di atas lereng bukit di persimpangan jalan ke Batang
Melaka dan ke Alor Gajah.
Masjid An-Naim Durian Tunggal telah dibina diatas sebuah tapak di
tengah-tengah pekan Durian Tunggal sebelum kedatangan British ke Tanah
Melayu lagi. Namun tarikh tepat pembinaannya tidak dapat dipastikan. Ianya
menjadi tempat umat Islam dari enam buah kampong utama iaitu Kg.Padang
Kerbau, Kg.Bukit Balai, Kg.Padang Keladi, Kg.Bukit Tambun dan Kg.Pulau
dan Kg.Air Semubuk untuk berkumpul menjalankan pelbagai kegiatan keagamaan.
Masa berlalu dan zaman berubah, masjid ini juga turut menuntut perubahan
yang mana ia tidak lagi mampu menampung pertambahan jamaah dari hari ke
hari. Justeru pada tahun 1971 sebuah masjid baru dibina di atas tapak yang
lebih luas tidak jauh dari tapak asalnya. Lokasi yang strategik, tersergam
diatas bukit dan berada dipersimpangan jalan utama. Masjid ini akhirnya
telah disempurnakan perasmiannya pada hari tanggal 16 Oktober 1971, hari
Sabtu jam 2.00 petang oleh YB Encik Ab.Ghafar bin Baba, Menteri Pembangunan
Negara dan Luar Bandar Malaysia ketika itu.

Pada hari ini, Masjid An-Naim terus berkembang dari segi fizikalnya
dan mampu menampung jamaah kira-kira 2,000 orang pada sesuatu masa. Selain
menampung jamaah dari kariah Durian Tunggal, ianya turut menampung jamaah
dari Kolej Yayasan Saad dan Kolej Universiti Teknikal Malaysia dari Air
Keroh.
|
SENARAI IMAM |
SENARAI PENGERUSI MASJID. |
| 1. En.Tompang bin Othman
2. Tuan Hj.Buang bin Jaali 3. Tuan Hj.Darudin bin Selamat 4. Tuan Hj.Ab.Rahim bin Hj.Sulaiman |
1. Hj. Abdullah bin Idris
2. Hj.Ab.Latif bin Idris 3. Sdg.Mail bin Montel 4. Tuan Hj.Awaludin bin Mohd. 5. Tuan Hj.Darudin bin Selamat 6. Tuan Hj.Abd. Wahab bin Hj.Abd.Majid ( 1993 - 2004 ) 7. En.Abd.Hadi bin Hj.Ahmad ( 2005 - ) |