PAUTAN


GLOSARI FALAK


Astronomi
= Ilmu berkenaan pergerakan jisim-jisim langit (al-ajsam al-samawiyyah), saiz dan bentuknya



Ilmu Falak
= ilmu pengiraan (al-Hisabi) dan pencerapan (al-irsyad)



Ilmu tanjim dan hai'ah
= Cabang-cabang ilmu mengenai bintang dan alam langit



Falak Wasfi
= Mengkaji tentang ehwal jirim-jirim langit dan pergerakan, kemunculan, cara perjalanan, ketinggian dan kerendahannya, panjang malam dan siang dan yang bersangkutan dengan bulan, tahun, hilal, gerhana bulan dan gerhana matahari



Falak Tabii
= Mengkaji tentang ehwal jirim-jirim tersebut dari segi dalil tentang peristiwa-peristiwa dan 'illah peristiwa-peristiwa tersebut serta kaedahnya



Falak Amali
= Mengkaji tentang pengetahuan yang dicapai oleh dua bahagian tadi dengan rubu' al-mujayyab, al-muqantar, jadual hisab zij, pencerap (al-rasd) dan logaritma. Inilah tujuan buku ini.








Illustrasi Bumi


Illustrasi Bulan









Ilmu Ahkam
= Ilmu tentang alat kajian bintang (alat al-munajjimin)



Al Baqar al Abyad
=Kabus kecil/awan magallan=nebula adromeda



Ilmu Al Misahah Tiga
= Ilmu mengkaji keluasan dalam bentuk segi tiga



Al-Muthallathat
= Trigonometri



Ilmu Azyat
= Ilmu tentang jadual perjalanan falak



Uranometri
= Jadual bintang malar dan koordinat



Al-Irsyad
= Ilmu pencerapan



Al-Hisab
= Ilmu pengiraan



Rubu' al Mujayyab
= Alat tradisional mencerap



Al-Ajram Al-Samawiyyah
= Jirim-jirim langit



Uruj
= Garis lengkungan



Komet
= Gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa



Meteoroid
= Jasad-jasad kecil di sistem suria yang ukurannya lebih kecil daripada asteroid tetapi lebih besar daripada sebuah molekul



Meteor
= Jalur jatuh meteoroid ke atmosfera bumi, lazim disebut sebagai tahi bintang



Meteorit
= Batu meteor yang menghentam permukaan bumi



Asteroid
= Objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid



WAKTU



Fasa-fasa bulan|Bulan Dalam Islam


Fasa-fasa Bulan





Penjelasan Diagram

Walaupun nampak rumit, sebenarnya penjelasannya sederhana sahaja. Sinar matahari digambarkan datang dari sebelah kanan. Bumi digambarkan di pusat diagram. Bulan ditampilkan pada 8 tahap utama dalam masa putarannya mengelilingi Bumi. Garis putus-putus antara Bumi ke Bulan menunjukkan sudut pandang kita (di Bumi) ke arah Bulan. Untuk menggambarkan bentuk bulan dengan lebih jelas pada setiap tahap-tahap utamanya, maka disediakan gambar yang lebih jelas disebelah luarnya. Nama fasa bulan ada pada gambar tersebut.

Satu hal yang harus diperhatikan adalah bahawa hanya separuh permukaan bulan yang akan selalu disinari matahari. Tetapi dalam waktu tertentu, kita berpeluang melihat kedua-dua sisi bulan (sisi gelap dan sisi terang). Padahal kita tidak mungkin boleh melihat sisi gelap bulan dengan mata kasar (gambar di atas hanya untuk mendukung penjelasan). Tetapi oleh kerana itulah kita dapat mengamati berbagai-bagai gambaran fasa bulan.

Jadi pada dasarnya gambaran fasa-fasa bulan terjadi akibat perubahan sudut dari garis yang menghubungkan Matahari-Bumi-Bulan sewaktu Bulan mengorbit Bumi.



Sumber : http://aguscb.blogspot.com/2010/08/fasa-bulan.html

 
Halaman Utama
Laman Utama