MASJID KAMPUNG SERKAM DARAT
77300 MERLIMAU, MELAKA

:: Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Kuala Ina Tampin ::

       

 

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN OLEH LEMBAGA MASJID KAMPUNG SERKAM DARAT BAGI TAHUN 2005

1. Menjalankan program gotong-royong bersama-sama dengan pelajar-pelajar SMK. Telok Mas sempena "Program Khidmat Masyarakat".

2. Menjalankan gotong-royong bersama-sama dengan PLKN di bawah projek JAPERUN Serkam.

3. Menjalankan gotong-royong bersama-sama dengan Kolej Komuniti Jasin, Merlimau.

4. Mengadakan kenduri Nisfu Syaaban 1426H peringkat kariyah Serkam Darat.

5. Menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena pelajar-pelajar yang akan menduduki UPSR, PMr dan SPM 2005.

6. Menjalankan program korban berkelompok bersama-sama dengan JKKK Kampung Serkam Darat.

7. Menganjurkan perarakan dan Sambutan Maulidul-Rasul peringkat Kampung Serkam Darat.

8. Mengadakan kelas-kelas bacaan Al-Quran setiap malam selasa.

9. Mengadakan ceramah agama pada setiap malam Isnin dan Jumaat secara berkala.

10. Mengadakan Marhaban dari rumah ke rumah dalam kampung semasa Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.

11. Mengadakan kenduri kesyukuran dan majlis meraikan bakal-bakal Jemaah-Jemaah Haji tahun 2005.

12. Mengadakan ceramah agama "Rumahku Syurgaku" peringkat Masjid Kampung Serkam Darat bersama-sama dengan JKKK.

13. Mengadakan kelas marhaban dan berzanji pada setiap malam khamis.

14. Menganjurkan Tilawah Al-Quran kanak-kanak di bawah 12 tahun.

15. Menganjurkan Pertandingan Bercerita dengan kerjasama Perpustakaan Masjid Kampung Serkam Darat.

16. Mengadakan majlis sambutan awal muharam dan ceramah agama.

17. Menganjurkan kursus sembahyang jenazah di peringkat JKKK dan Masjid Kampung Serkam Darat.

18. Mengadakan ceramah agama "Israk dan Mikraj".

19. Mengadakan kelas KAFA bagi kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun, pada waktu petang.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI MASJID 

KHUTBAH SEMBAHYANG JUMAAT

 

 

 

copyright @jasmi bin bachik.edu.my