MASJID KAMPUNG SERKAM DARAT
77300 MERLIMAU, MELAKA

Selamat Datang Ke Laman Web Masjid Kampung Serkam Darat

       

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"

Terima kasih diucapkan kepada anda kerana  sudi melayari Laman Web Masjid Kampung Serkam Darat. Berikut adalah beberapa maklumat ringkas mengenai Masjid Kampung Serkam Darat.

PAPAN TANDA MASJID KAMPUNG SERKAM DARAT

Lokasi:

Masjid Kampung Serkam Darat terletak 7 kilometer jauhnya dari Bandar Merlimau dan 18 kilometer dari  Bandaraya  Melaka. Jika anda dari arah Muar, lokasi masjid ini terletak di sebelah kanan jalan utama Muar-Melaka, memasuki jalan utama Kampung Serkam Darat. Manakala jika anda dari arah  Bandaraya Melaka, ianya terletak sebelah kiri di persimpangan jalan masuk ke kampung tersebut, dengan melalui Jalan Masjid. Jaraknya dari jalan utama Muar-Melaka lebih kurang 1 kilometer dan terletak di tengah-tengah Kampung Serkam Darat.

Alamat:

Masjid Kampung Serkam Darat,
77300 Merlimau,
Melaka.

Tarikh Dibina:

Masjid Kampung Serkam Darat dibina pada tahun 1965.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari Laman Web Masjid Kampung Serkam Darat. Sekian.

"Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"

 

 

                                                   ccopyright @ jasmi bachik@msd.edu.my