|
Sejarah
Masjid Kampung Serkam Darat:

PANDANGAN
HADAPAN MASJID KAMPUNG SERKAM DARAT
Kampung
Serkam Darat asalnya adalah dalam kariyah Kampung Serkam.
Oleh kerana kepadatan maka Kampung serkam Darat telah
berusaha untuk mendapatkan sebuah masjid baru.Pada tahun
1965, penduduk Kampung Serkam Darat telah berusaha
memohon untuk mendapatkan sebuah masjid daripada pihak
kerajaan. seorang penduduk Kampung Serkam Darat iaitu
Tuan Haji Osman bin Muhammad telah bermurah hati
mewakafkan sebidang tanah di atas Lot No. 2051, seluas
0.5 ekar dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak
RM150,000.00 (Satu Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit) dan
telah siap dibinapada penghujung tahun 1965. Sementara
menantikan pembinaan masjid baru siap dibina penduduk
Kampung Serkam Darat telah menjadikan surau Dato'
Sa'aban sebagai masjid sementara. Pada masa itu Tuan
Haji Abas bin Abdul Talib dilantik sebagai imam, dan
Tuan Haji Md. Zin bin Bujal dilantik sebagai Bilal.
Setelah masjid baru siap dibina pada penghujung tahun
1965, pengubahsuaian dilakukan dari masa ke semasa
bergantung pada kepadatan penduduk Kampung Serkam Darat
ketika itu. Sehingga kini (2005) proses pengubahsuaian
telah dilakukan sebanyak 4 kali. Ini adalah disebabkan
kepadatan penduduk telah bertambah dan wujudnya
taman-taman perumahan baru seperti Taman Serkam Jaya,
Taman Serkam Maju, Taman Serkam Baru, Taman Serkam
Perdana, Taman Seri Serkam dan Taman Koperasi Risda (Kampung
Tersusun Serkam Darat). Semenjak adanya Masjid Kampung
Serkam Darat, jawatan Imam dan Bilal bersilih ganti
seperti berikut:
|
NAMA |
JAWATAN |
TEMPOH |
| Tn.
Haji Abas bin Abdul Talib |
Imam |
1965-1977 |
| Tn.
Haji Md. Zin bin Bujal |
Bilal |
1965-1979 |
| Tn.
Haj.i Abu bin Rahmat |
Imam |
1977-kini |
| Tn.
Haji Madon bin Montel |
Bilal |
1979-
kini |
BANGUNAN
DAN KAWASAN LAIN YANG TERDAPAT DALAM PENTADBIRAN
MASJID KAMPUNG SERKAM DARAT

BILIK MASAK MASJID
BILIK
MASAK MASJID: Bilik
masak terletak di sebelah kiri dari pintu masuk bahagian belakang
masjid dan berhampiran dengan tandas masjid. Bangunannya
berasingan dengan bangunan masjid dan diuruskan oleh Jawatankuasa
Makanan di kalangan wanita.
Fungsi Bilik Masak:
1. Bilik masak ini digunakan apabila adanya sesuatu majlis keraian
untuk menyediakan jamuan. Jawatankuasa jamuan (wanita) akan
menguruskan bahagian jamuan di bangunan ini. Dalam bangunan ini
terdapat pinggan-mangkuk, singki dan dapur. Segala peralatan
memasak dan keperluan jamuan disimpan di sini.

PONDOK
REWANG MASJID
PONDOK
REWANG- Pondok rewang
ini terletak di sebelah kanan pintu masuk bahagian belakang masjid,
berbumbungkan atap zink, lantainya pula bersimen.
Fungsi Pondok Rewang:
1. Pondok rewang ini digunakan untuk menjalankan aktiviti merewang
seperti gotong-royong menyediakan ramuan untuk sesuatu majlis.
Golongan wanita akan berkumpul di dalam pondok ini untuk
menyiapkan segala rempah-ratus keperluan masakan.
2. Pondok
ini juga digunakan sebagai tempat rehat setelah penat menjalankan
gotong-royong membersihkan kawasan masjid termasuk membersihkan
tanah perkuburan.

BANGUNAN
KELAS KAFA
BANGUNAN
KELAS KAFA ; Bangunan
Kelas KAFA ini terletak di luar kawasan masjid, iaitu bersebelahan
dengan gelanggang permainan. Ia juga berhadapan dengan kawasan
letak kenderaan, terletak perantaraan masjid dengan tanah
perkuburan.
Fungsi Bangunan Kelas KAFA:
1. Bangunan
ini digunakan sebagai tempat kanak-kanak yang berumur di bawah 5
tahun mempelajari Kelas Fardhu Ain. Seramai 35 orang kanak-kanak
pada tahun 2004 mengikuti kelas ini. Seorang guru KAFA yang telah
dibayar gaji untuk mengelolakan kelas ini. Kelas ini beroperasi
pada sebelah petang yang dikawalselia oleh seorang imam. Pada
penghujung tahun 2004 bangunan ini telah rosak dibahagian atapnya,
yang mengalami kebocoran dan mengakibatkan sebahagian besar
bangunan ini telah runtuh. Pada bulan Jun 2005 Pejabat
Daerah Jasin meluluskan peruntukan RM15,000.00 (Lima Belas Ribu
Ringgit Malaysia) untuk membaikpulih bangunan ini. Syarikat Rambai
Jaya telah diberi tender untuk membaikpulih bangunan KAFA ini.
Pada awal bulan Ogos 2005, bangunan ini telah siap sepenuhnya.
Kelas KAFA akan menjalankan proses pengajaran dan pembelajarannya
selepas Hari Raya Aidilfitri 2005 ini seperti sediakala.
2. Di
hadapan bangunan ini terdapat sebuah gelanggang permainan.
Anak-anak muda penduduk Kampung Serkam Darat akan
menggunakan gelanggang ini untuk permainan sepak takraw, badminton
dan bola tampar pada waktu riadah, iaitu selepas waktu solat asar.

BILIK
KOMPUTER
BILIK
KOMPUTER MASJID
Fungsi Bilik Komputer Masjid:Bilik
Komputer ini baru dibina dengan menyekat ruangan depan
bersebelahan pintu masuk bangunan masjid. Pintu bilik ini dipasang
cermin dan bergrill untuk keselamatan.Bekalan komputer disediakan
oleh JAIM.
1. Bilik
Komputer ini digunakan untuk menjalankan urusan pentadbiran masjid.
Segala urusan surat-menyurat akan dijalankan di sini. Keluasan
bilik ini ialah 12 kaki persegi yang terletak bersebelahan ruangan
sembahyang wanita, juga bersebelahan dengan pintu masuk masjid.
Segala maklumat dan data yang berkaitan dengan maklumat masjid
disimpan di sini.
2. Bilik
Komputer ini juga digunakan sebagai tempat melayari laman web
masjid Kampung Serkam Darat. Hanya terdapat satu set komputer
serta sebuah kipas angin yang diletakkan di sini. Bilik Komputer
ini sentiasa berkunci di mana bahagian luarnya dipasang grill besi
sebagai kawalan keselamatan.

BANGUNAN
PERPUSTAKAAN MASJID
BANGUNAN
PERPUSTAKAAN MASJID: Bangunan
perpustakaan ini terletak di sebelah kanan pintu utama masuk ke
masjid. Bangunan ini boleh menampung kapasiti 15 orang pelajar.
Mempunyai 5 muka tingkap dan 2 pintu utama yang berhadapan dengan
masjid.
Fungsi Bangunan Perpustakaan Masjid:
1. Bangunan
ini terletak di sebelah kanan tangga pintu pagar masjid. Di dalam
bangunan ini terdapat bahan-bahan bacaan yang di uruskan oleh satu
Jawatankuasa Perpustakaan Masjid. Anak-anak muda kampung akan
menjalankan ulangkaji, membaca buku dan perbincangan di dalam
bangunan ini. Terdapat banyak buku-buku agama dan akademik di
simpan dalam bangunan ini.
2.
Perpustakaan masjid ini juga digunakan untuk menjalankan
pertandingan-pertandingan yang berbentuk ilmiah seperti
pertandingan membaca terbanyak, pertandingan bercerita,
pertandingan hafazan ayat-ayat lazim oleh kanak-kanak KAFA dan
Sekolah Rendah Agama JAIM Serkam Darat.
3.
Perpustakaan masjid ini juga digunakan untuk menjalankan mesyuarat
Jawatankuasa Perpustakaan Masjid yang dijalankan secara berkala.
Segala aktiviti yang dijalankan mengikut takwin tahunan. Ahli
Jawatankuasa Perpustakaan Masjid ini juga terdiri daripada Belia
4B, Pemuda UMNO, Wanita, Puteri, di samping daripada ahli
jawatankuasa masjid sebagai pemantau.

PINTU
GERBANG BAHAGIAN BELAKANG MASJID
PINTU
GERBANG BAHAGIAN BELAKANG MASJID:Pintu
gerbang bahagian masjid ini terletak di bahagian belakang dan
berbumbung, dan mempunyai kaki lima berukuran lebih kurang 4 kaki
persegi, bersebelahan dengan tandas.
Fungsi Pintu Gerbang Bahagian Belakang Masjid:
1. Pintu
belakang bahagian masjid ini digunakan sebagai laluan oleh
penduduk-penduduk yang datang dari Taman Koperasi, Serkam Estate
dan Taman Bukit Serkam (Serkam Perdana, Serkam Jaya, Serkam Baru,
Serkam Maju dan Seri Serkam). Laluan ini digunakan untuk
mengelakkan kesesakan di bahagian hadapan masjid yang terlalu
sempit.
2. Ia juga
digunakan sebagai laluan utama kerana terdapatnya ruang letak
kenderaan yang agak luas. Kawasan ini terletak antara bahagian
masjid dengan tanah perkuburan.
 
PONDOK
MENYIMPAN KERANDA
PONDOK
MENYIMPAN KERANDA:Pondok
Menyimpan Keranda ini terletak di tengah-tengah tanah perkuburan.
mempunyai atap awning, dilengkapi dengan lampu limpah.
Fungsi Pondok Menyimpan Keranda:
1. Pondok
ini berfungsi sebagai menyimpan tempat mandi mayat dan keranda.
Ianya berbumbungkan awning dan bertiangkan besi, mengelakkan
keranda dan tempat memandikan mayat daripada rosak.
2. Ia juga
digunakan oleh orang ramai sebagai tempat berteduh daripada panas
dan hujan .setelah penat menjalankan gotong-royong membersihkan
tanah perkuburan atau pengurusan pengkebumian di sinilah tempat
rehat mereka.

PAPAN
TANDA TANAH PERKUBURAN ISLAM
KAMPUNG SERKAM DARAT
 
TANAH
PERKUBURAN
TANAH
PERKUBURAN:Tanah
Perkuburan Masjid terletak di bahagian belakang masjid,
bersebelahan dengan kebun getah. Di sebelah kanan tanah ini
terdapat sebatang jalan bertar, yang digunakan sebagai laluan
penduduk yang berhampiran menggunakannya ke masjid.
Fungi Tanah Perkuburan:
1. Tanah
perkuburan ini boleh menempatkan 200 hingga 250 liang lahat.
Sebenarnya tapak asal tanah perkuburan Masjid Kampung Serkam Darat
terletak di persimpangan tiga jalan ke Bemban, antara simpang ke
Balai Polis Serkam dan ke KEMAS Serkam. Oleh kerana tanah di situ
tidak dapat menampung jumlah liang lahat yang ada, maka
Jawatankuasa Masjid pada ketika itu telah memutuskan menjadikan
tanah di bahagian belakang masjid sebagai tanah perkuburan yang
baru.
2. Setiap
jenazah yang ingin dikebumikan akan dikenakan bayaran dan bayaran
tersebut akan dimasukkan dalam tabung masjid.
|