SELAMAT DATANG KE LAMAN ASTRONOMI SMK SERI MAHKOTA

 

pengenalan astronomi

Astronomi dari segi bahasa etmologi membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars". Astronomi juga dikenali sebagai Ilmu Falak iaitu ilmu kaji bintang. Ilmu Falak atau Astronomi merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian / pencerapan dan penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar Bumi dan atmosfera bumi. Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.

Astronomi merupakan beberapa cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menjumpai dan mencerap fenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.

Cabang astronomi

Memandangkan astronomi merangkumi bidang yang luas, astronomi biasanya dibahagikan kepada beberapa cabang. Pembahagian ini tidak unik dan pertindihan dan pakar astronomi yang kerjanya merangkumi beberapa cabang adalah perkara biasa. .

Perbezaan utama adalah di antara (astronomi pencerapan dan teori) berbanding dengan astrofizik. Pemerhati menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan data mengenai phenomena berbeza, data yang kemudiannya digunakan oleh pakar theori untuk mereka dan membentuk teori dan model, untuk menjelaskan pemerhatian dan meramalkan pencerapan baru. Bidang kajian juga dikelaskan kepada dua cara: menurut perkara, biasanya menurut kawasan angkasa (contoh astronomi galaksi) atau masalah (seperti pembentukan bintang atau kosmologi); dan menurut cara pakar astronomi mendapatkan data (contoh astronomi optikal atau radioastronomi)

Ia mustahil untuk menentukan bilakan bidang astronomi bermula. Semenjak beribu-ribu tahun dahulu pastinya penghuni gua telah pun mendongak kearah langit dengan penuh kekaguman dengan apa yang mereka lihat disitu, oleh itu dari satu segi, mereka merupakan seorang pemerhati bintang; mereka menyedari perkara luar biasa yang berlaku, seperti gerhana, dan tidak hairanlah rekod bertulis mengenai teori dan pengamatan manusia telah wujud sejak tulisan dicipta.

 
 
 
 
 ayat

al-quran “Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda (ayat-ayat) kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-An´am: 97)

penaja

  

 
  anda pelawat ke
 
Not

Radio IKIM

copyright@smksm 2011